.png)
|
Sweet Owner! ![]() Credits! ![]() Template By : Ainna Zieyha Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Me Big Help : M I O Image Header: Clavies
| Tak Mengapa .. Yang Penting !
Saturday, April 14, 2012 | 12:38 AM | 0 comments
Tak mengapa andai cinta yang kita inginkan tak memihak pada kita. Kita bukan sesiapa. Yang penting, cinta Allah yang paling utama. Tak mengapa kita diduga dengan ujian yang sebegitu besar. Yang penting, kita tahu.. Allah tak akan menduga kita dengan perkara yang kita sendiri tak mampu nak harungi.Tak mengapa kalau kita sentiasa di belakang. Yang penting, usaha, doa, tawakal sentiasa mengiringi kita tak kira di mana kita berada. Tak mengapa andai kita ditemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu cinta yang betul-betul cinta. Yang penting kita tahu, Allah telah aturkan yang terbaik untunk hambaNya. Mungkin masanya belum tiba. Tak mengapa kalau kita miskin harta. Yang penting kita kaya dengan ilmu, ibadat, dan budi bahasa kerana semua inilah yang mencorakkan kesempurnaan hidup kita. Tak mengapa kiranya pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Yang penting kita tahu, semua yang hidup pasti akan mati. Tak mengapa andainya cinta putus di tengah jalan. Yang penting kita tahu, cinta Allah yang paling kekal abadi. Tak mengapa kiranya hari ini kita derita, kita sengsara. Yang penting kita tahu, Allah tidak akan membiarkan hambaNya berada dalam situasi sebegitu. Akan ada manisnya, bahagianya suatu hari nanti. Bersabarlah sayang. Tak mengapa andai apa yang kita harapkan, tak menjadi milik kita. Yang penting kita tahu erti syukur dengan segala nikmat yang Allah dah berikan pada kita. Tak mengapa kiranya kita mempunyai kawan yang beriban. Yang penting jangan cemarkan hubungan persahabatan itu dengan perkara bodoh. Tak mengapa jugak kiranya blog ini tak ber update nanti. Yang penting, blog ini sentiasa ada pembaca. HAHA. Just kidding ya!! Ingat, apa-apa yang kita laui sepanjang kita hidup. Jangan pernah mengeluh. Akan ada hikmah di sebalik semua yang kita lakukan. Mungkin pengajaran. Mungkin jugak kebahagiaan. Apa-apa pun sentiasa letakkan Allah s.w.t dalam hati dan bersyukur dengan segala-galanya. Have a nice day peeps!! |