.png)
|
Sweet Owner! ![]() Credits! ![]() Template By : Ainna Zieyha Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Me Big Help : M I O Image Header: Clavies
| Mengapa Anda Perlu Yakin Kepada Diri ?
Saturday, April 28, 2012 | 7:10 AM | 0 comments
Assalamualaikum . hye reader how are you ? amacam baek taaa ? Mengapa Anda Perlu Yakin Kepada Diri Sendiri?. Soalan ini perlu dikemukakan kepada diri sendiri dan bukan orang lain, kerana andalah yang perlu meyakini diri anda, jika anda tidak meyakini diri sendiri, bagaimana mungkin orang lain boleh meyakini anda. Yakin kepada diri adalah perkara asas untuk memulakan satu perkara ataupun satu tugasan. Pada kebiasaannya, orang yang tidak ada keyakinan dan kepercayaan kepada dirinya sendiri selalu berkata dan berfikir negatif terhadap dirinya sendiri, secara tidak langsung, kita adalah penyebab mengapa satu tujuan atau perkara itu terbantut kerana kita tidak menggunakan kelebihan-kelebihan yang dikurniakan. Satu kurniaan dan nikmat yang paling penting ada dalam diri kita adalah akal fikiran. Jika kita gunakan ia sebaiknya, insyaAllah ia akan membawa kebaikan kepada diri, begitu juga sebaliknya. Mengapa kita perlukan keyakinan dan kepercayaan dalam diri?. Jawapannya, kerana kita tidak mahu ketinggalan oleh kejayaan yang dikecapi orang lain. Jika orang lain mampu berjaya, mengapa kita tidak memulakannya walaupun bermula dari langkah yang kecil. Bila kita mahukan sesuatu perkara itu berhasil, kita perlu yakin bahawa ia akan berhasil, sekurang-kurangnya cubalah terlebih dahulu sebelum mengatakan perkara itu mustahil. Jalan untuk mencapai kejayaan itu banyak, pilihlah di jalan mana yang kita mahu asalkan ia jalan yang betul. InsyaAllah kita akan mendapat satu keputusan yang betul sesuai dengan keyakinan dan kepercayaan kita. Kita juga perlu berasa yakin diketika kita teragak-agak untuk melakukan sesuatu perkara. Jangan lambatkan tindakan jika sudah ada perancangan. Yakin tetapi teragak-agak sebenarnya akan membuang masa dan melunturkan semangat serta motivasi untuk meneruskan segala apa yang direncanakan. Apabila kita ada keyakinan, kita pasti ada keberanian untuk menterjemahkan apa yang direncanakan. Jadi, apakah kita masih teragak-agak dan ragu-ragu melakukan sesuatu sedangkan orang lain sudah maju. Berjaya atau gagal, kitalah yang tentukan, namun jika gagal, terimalah kegagalan itu sebagai ujian. Yakinlah bahawa Tuhan itu sentiasa menolong orang yang bersabar. Ieyna : Keyakinan boleh terhalang jika kita memikirkan satu perkara negatif yang belum terjadi sebelum mencuba dan bertindak. Melakukan perkara yang kita takuti akan menguatkan lagi keyakinan untuk berdepan dengan satu situasi yang berlainan di masa hadapan. |