Shy Girl
~~Music is Here!~~

No, Thank You - Mio Akiyama

Sweet Owner!



~Navigation~
Entry About Linkies
Shout Out!




Credits!



Template By : Ainna Zieyha
Basecodes By : Liyana Aina
Edit By : AzuNyan
Re-edit By : Me
Big Help : M I O
Image Header: Clavies
Kelebihan Dan Kekurangan
Monday, April 30, 2012 | 2:33 AM | 0 comments
Gambar hiasan sahaja !-
 Assalamualaikum , hye reader amacam today ? ada baek jumm layan . entry yang ta seberapa . tapi khas untuk awak semua ! ...
Kita semua tahu bahawa sesungguhnya bahawa manusia itu tidak semuanya adalah sempurna, masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Perbezaan ini dijadikan agar kita saling melengkapi antara satu sama lain, jangan anggap kelebihan itu satu anugerah dan kekurangan itu satu kerugian. Jika anda rasa ada kekurangan yang ada pada diri anda, janganlah terlalu merendah diri dan jangan beranggapan bahawa diri kita lemah hanya kerana sedikit kekurangan. Cubalah beranggapan bahawa kita hanya berbeza sedikit dengan orang lain dan kita harus ketahui, bahawa pada dasarnya orang lain juga mempunyai kelemahan dan kekurangan disebalik kelebihan yang mereka ada.

Apabila kita melakukan sesuatu perkara ataupun tugasan, fokuskanlah kepada perkara-perkara yang mampu kita lakukan, bukan fokus kepada kekurangan kita. Fokuskan kepada kelebihan kita dan kuatkanlah semangat untuk mencapai kejayaan. Jangan terlalu merendah-rendahkan diri untuk sesuatu perkara, kerana ia tidak akan membantu sama sekali. Sedarlah bahawa kita dijadikan oleh Allah s.w.t sebaik-baik kejadian seperti firmannya dalam Surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud.

'Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian'
 
Ieyna : Bertindak dan mulakan sahaja apa yang ingin anda mahu buat dan jangan takut dengan kesalahan jika mahu berjaya, kerana dengan tindakan tersebut kita sudah berjaya mengatasi kelemahan dan kekurangan diri untuk membuktikan bahawa kelemahan atau kekurangan bukan penghalang kepada kejayaan.