.png)
|
Sweet Owner! ![]() Credits! ![]() Template By : Ainna Zieyha Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Me Big Help : M I O Image Header: Clavies
| Belajar Tiada Nokthanya !
Friday, April 27, 2012 | 10:04 PM | 0 comments
Assalamualaikum , hye reader ? how are you today ? ada baek ? Alhamdullilah ieyna sihat sahaja ! tapi kerja sekolah banyak weehhh ! sabar PMR CANDIDATES kan .kan . memang la ! Apabila anda beranggapan bahawa anda tidak perlu belajar setelah menamatkan zaman persekolahan, maka itu adalah satu tanggapan dan kenyataan yang salah. Dunia ini akan terus berjalan seiring dengan pergerakan masa yang tidak akan berhenti. Manusia semakin hari akan menjadi semakin pandai dan bijak, mahukah anda berhenti begitu sahaja sedangkan semuanya berubah mengikut peredaran masa. Semakin hari semakin banyak persoalan dan masalah yang rumit untuk diselesaikan, adakah anda hanya meninggalkan sahaja persoalan dan masalah itu tanpa perlu belajar bagaimana menyelesaikannya. Anda memerlukan satu ilmu yang baru dan berguna bukan hanya untuk mencapai kemajuan di dalam kehidupan. Tetapi untuk berada di sesuatu tempat yang asing, anda perlu tahu menjaga, mengurus dan berdikari, sebab itulah anda perlu belajar dan terus belajar. Pelajarilah sesuatu yang baru dengan tekun dan semangat yang tinggi, kerana dengan apa yang anda pelajari, ia secara tidak langsung membuka mata dan minda anda terhadap dunia yang amat luas ini. Belajarlah untuk saling mengingati, kerana anda mungkin tidak tahu jawapan kepada semua persoalan. Belajar itu boleh menjadikan anda satu sifat yang sangat penting dalam proses pembelajaran, sifat itu ialah, rendah diri. Apabila anda tahu anda perlu belajar, maka sifat rendah diri harus ada dalam diri pelajar, kerana seorang pelajar mempunyai seorang guru sebagai tempat untuk menimba ilmu. Hakikatnya kehidupan manusia ini sentiasa berubah, bukan hanya setiap tahun, setiap bulan atau setiap hari, manusia boleh berubah dari setiap saat, ini adalah kerana setiap manusia itu perlu mencari sesuatu yang terbaik dalam kehidupan mereka. Untuk itu memang benar dan nyatalah bahawa belajar itu tidak ada noktahnya, kerana sesuatu yang baru dalam hidup ini memerlukan pelajaran untuk memahaminya. Ieyna : Kita tidak boleh melakukan satu pekerjaan tanpa mempelajarinya. Tetapi semuanya boleh jadi senang jika sudah dipelajari dan difahami. |