.png)
|
Sweet Owner! ![]() Credits! ![]() Template By : Ainna Zieyha Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Me Big Help : M I O Image Header: Clavies
| kawan.. : )
Saturday, March 26, 2011 | 3:33 AM | 0 comments
Kawan ! Apa itu kawan ? Kawan terbahagi kepada dua jenis : Yang pertama kawan karib dan yang kedua kawan rapat. Kawan karib merujuk kepada kawan yang dari kecil lagi rapat dengan kita dan saling mengenali sesama sendiri. Manakala kawan rapat pula merujuk kepada kawan yang baru dikenali tetapi sentiasa ada bersama kita. Dengan erti kata lain, kawan itu amat bermakna pada kita untuk kita meluahkan perasaan dan juga untuk meminta bantuan jika kita sedang mengalami kesusahan. Ada orang yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu tidak menegur kawannya ( karib atau rapat ) dengan SENGAJA, maka berdosalah orang itu. Betul atau tidak pernyataan ini, saya pun kurang pasti. Namun, apa yang ada dihadapan kita hendaklah dikaji dan direnungi untuk mendapatkan kesahihannya supaya ianya tidak menjadi semak di akal fikiran kita. Akhir sekali, sesungguhnya hidup kita akan sunyi dan tidak bermakna tanpa hadirnya seseorang insan bernama “KAWAN”. |